Thursday 15 December 2011

*~ FESYEN JAHILIAH MODEN ~*


Muslimah Berpakaian Telanjang : Dosa yang dianggap remeh

Ramai ibu bapa yang tidak ambil kisah akan pakaian anak-anak mereka sama ada telah sempurna menutup AURAT atau tidak. Ibu bapa wajib mendidik dan mentarbiah ahli keluarga mereka untuk menutup aurat dengan betul.

Telah ramai gadis-gadis Melayu yang melilit tudung mereka paras leher dan sekaligus menampakkan dada. Perihal ini, ada sebuah hadis tentang golongan ahli neraka yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. dalam satu hadis:
        ”Dan orang-orang perempuan yang berpakaian (tetapi) bertelanjang, berjalan dengan bergaya (melenggang-lenggok), kepala-kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta (mereka meninggikan gumpalan-gumpalan rambut mereka dengan berhias-hias), Sungguh, mereka itu tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapati baunya...” (sahih muslim)

Di zaman ini kita dapat melihat kebenaran yang dikhabarkan oleh Nabi s.a.w. dalam hadis ini. Barangkali agak sukar untuk digambarkan keadaan tersebut pada zaman itu. Kerana Nabi s.a.w. menyatakan dalam hadis yang sama :
                ”Aku belum pernah melihat mereka ini”
Ertinya pakaian seumpama itu belum ada pada zaman jahiliah Arab dan para sahabat juga tentu tidak dapat membayangkan keadaan tersebut. Berpakaian telanjang ? Bagaimana boleh disatukan dua perkataan yang berlawanan maksud ini ?

Reality semasanya, amat mudah untuk kita melihat pakaian sebegini di mana-mana. Sama ada mereka yang berpakaian dengan mendedahkan terus anggota tubuh ataupun mereka mengenakan pakaian yang ketat dan sendat sehingga menampakkan bentuk tubuh. Kedua-duanya bertentangan dengan akhlak Islam dimana seseorang Muslimah dituntut supaya menutup aurat dengan sempurna. Kejahilan adalah faktor utama yang menyebabkan mereka tak dapat memahami keutamaan dalam memelihara aurat. Sesungguhnya aurat yang zahir daripada anggota tubuh tersebut adalah lebih berperanan untuk menarik perhatian lelaki dan menaikkan nafsu syahwat berbanding dengan menutup rambut atau kepala. Bagaimanapun ini bukan hujah untuk membenarkan golongan wanita mendedahkan rambut atau bahagian kepalanya serta memperlekehkan wanita lain yang bertudung. Jumhur ulama berpendapat kesemua anggota tubuh perempuan termasuk RAMBUT adalah aurat dan wajib ditutup kecuali bahagian muka dan dua tapak tangan.

Gaya terkini, kebanyakan remaja didapati keluar rumah dengan berbaju pendek yang sangatlah ketat membonjol dan seluar JEANS sendat. Disebabkan potongan bahagian bawah bajunya pendek, maka terserlahlah bentuk punggung dan pangkal peha mereka yang amat menggiurkan lelaki. Kelihatan seksi, bila berjalan tergedik-gedik setan. Ringkas. Up to date.. Inilah yang dinamakan ”berpakaian seolah-olah telanjang” bermakna hukumnya sama seperti mendedahkan aurat.

Remaja muslimah kini semakin hilang rasa malu dan maruah dirinya begitu murah. Rela tubuhnya menjadi tontonan lelaki. Ramai yang ambil mudah, sengaja selak kain tayang betis semasa membonceng motosikal atas alasan terpaksa ditayang. Yang peliknya mereka tidak pula berusaha berseluar panjang di bahagian dalam kain untuk menutup auratnya...

Fesyen sebegini tidak ubah seperti pakaian orang kafir. Sebagai umat Islam kita dilarang daripada meniru atau menyerupai sesuatu kaum sama ada musyrikin atau kafirin. Rasulullah s.a.w. telah memberi amaran dalam satu hadis :
”sesiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka”. (Sunan Abi Daud).

Bagi kaum lelaki, janganlah hanya berdiam diri dan berlepas tangan. Bukankah kerja Amar maaruf nahi mungkar itu suatu pekerjaan yang wajib dilaksanakan ? Allah telah perintahkan kita mendidik anak isteri kita dengan didikan agama yang sempurna. AYUH, BERDAKWAHLAH !!